Budak Perempuan 12 Tahun Beranak Hasil Hubungan Dengan Kekasih Tingkatan 3.
SIBU: Misteri penemuan bayi dalam almari di kampung Bahagia Jaya terbongkar apabila pihak polis menahan sepasang kekasih remaja semalam.
Suspek perempuan berusia 12 tahun yang tidak memiliki pengenalan diri mengaku telah melahirkan bayi berkenaan sekitar jam 6 petang pada Ahad lalu di dalam tandas rumahnya.
Buntu dan bimbang perkara itu diketahui orang lain termasuk ahli keluarga, suspek menyembunyikan bayi tersebut dalam almari di ruang stor bawah rumah kayu kediamannya.
Timbalan ketua polis daerah Sibu, Martin Khoo berkata, suspek juga mengaku kehamilannya dan kelahiran bayi tersebut tidak diketahui sesiapa termasuk kedua ibu bapa angkatnya walaupun mereka tinggal dirumah sama.
Selain itu suspek semasa di soal siasat turut mengaku pernah melakukan hubungan in#tim dengan teman lelakinya pada penghujung tahun 2016 lalu.
Bagaimanapun pihak polis sudah menahan seorang pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah di sini sekitar jam 3 petang semalam.
Terdahulu pemberita memaklumkan seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di temui dalam sebuah almari stor di kampung Bahagia Jaya.
Bayi pertama kali ditemukan oleh cucu perempuan pemilik rumah berkenaan yang berusia 17 tahun.
Difahamkan remaja perempuan berkenaan terdengar bunyi mencurigakan sebelum keluar untuk memeriksa.
Terkejut dengan penemuan bayi itu, dia kemudian memanggil ahli keluarga serta jiran berdekatan sebelum di maklumkan kepada pihak polis.
Loading...
Post a Comment