Lelaki Warga India Bunuh Diri Dengan Terjun Dari Tingkat 12.
KOTA KINABALU: Seorang lelaki warganegara India maut selepas terjun dari tingkat 12 di salah sebuah hotel di sini.
Mangsa Hitesh Oswal, 25 tahun maut selepas terjun dari tingkat 12 hotel berkenaan dan jatuh di tingkat lima.
Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan lanjut di tempat kejadiaan mendapati mangsa yang merupakan warga India dipercayai telah terjun dari tingkat 12, bilik No.1026 dan jatuh ke tingkat 5 hotel berkenaan.
“Mangsa telah datang melancong ke Sabah bersama keluarga angkat tiga hari yang lalu dan menyewa di hotel berkenaan,” ,”katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Tambah Chandra, pemeriksaan terhadap tubuh mangsa dan lokasi kejadian oleh pegawai penyiasat mendapati tidak menemui sebarang unsur jenayah.
“Mayat si mati telah dibawa Hospital Queen Elizabeth untuk post mortem, dan kedutaan India juga telah dimaklumkan berkenaan kejadian ini untuk urusan selanjutnya,”katanya.
Menurut Chandra, motif kejadian adalah kerana mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi dengan keluarganya di India dan berada dalam kemurungan sebelum mengambil tindakan untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 12 hotel berkenaan.
Post a Comment