Bayi Disangka Tersedak Biskut Rupanya Tertelan Cincin Permata.
Tanah Malaya: Seorang bayi perempuan batuk-batuk seperti tercekik, pada mulanya disangka tersedak makanan, akhirnya didapati dia mungkin terpaksa dibedah akibat tertelan cincin permata di jari yang dipakaikan oleh ibunya.
Menurut ibunya, Siti Shuada yang menceritakan kembali detik cemas tersebut, kejadian itu dikatakan berlaku ketika bayi malang itu sedang tidur di dalam buai.
Ketika kakaknya sedang menghayunkan buai, tiba-tiba dia bangun dan terbatuk-batuk seperti tercekik.
"Saya cakap (tanya) dengan kakak dia kenapa adik? Saya pun berlari angkat dalam buai tu, ingat kakak dia bagi biskut atau keropok ke, sekali korek dalam mulut tak ada, picit perut pun tak ada," tulis Siti Shuada di laman Facebook.
Menurut Siti Shuada, pada mulanya dia tidak percaya apabila diberitahu oleh kakaknya bahawa si adik telah termakan cincin permata di jari yang dihisapnya.
"Kakak dia cakap dia hisap jari dia tadi lepas tu makan cincin. Saya tak percaya tapi kakak dia cakap betul. Saya cari merata tempat cincin tapi tak jumpa, tengok dia nangis saja mula-mula tapi lepas tu dia aktif macam biasa, hati tak sedap sangat rasa memang betul dia telan cincin tu," tulis Siti Shuada.
Hasil keputusan imbasan x-ray di hospital menunjukkan sebentuk cincin permata berada di dalam tubuh bayi itu.
Dakwa Siti Shuada, doktor memberitahunya bahawa cincin tersebut memiliki permukaan tajam bimbang akan melukakan usus dan tempat-tempat lain dalam tubuh bayi itu.
Tambahnya lagi, bayi malang itu terpaksa ditahan dalam wad, kemungkinan akan dibedah sekiranya cincin tersebut gagal untuk dikeluarkan melalui pembuangan najis.
Post a Comment