26% Pekerja Malaysia Mengaku Ambil MC Kerana Malas Kerja.

Dalam tempoh enam bulan, 26 peratus pekerja Malaysia didapati tidak bersikap jujur dengan majikan.

Gambar Hiasan

Satu kajian oleh JobStreet.com mendapati, seramai 26% pekerja di Malaysia berpura-pura mengambil cuti sakit semata-mata untuk mengelak daripada datang bekerja.

Antara sebab yang diberikan pekerja untuk mengemukakan sijil cuti sakit ialah tiada keinginan untuk bekerja, kepenatan dan berpura-pura sakit untuk menghadiri temuduga pekerjaan.

Menerusi kajian tersebut, satu daripada empat responden berkata mereka sanggup membeli sijil sakit palsu dan bersedia untuk membayar sehingga RM25 bagi satu sijil.

Sementara itu, bagi pihak majikan pula, lebih 57% majikan mendakwa mempunyai pekerja yang mereka rasakan berpura-pura sakit kerana tidak mahu bekerja.

No comments