'Tak Salah Mangsa Rogol Kahwin Perogol'

KUALA LUMPUR: Tidak menjadi kesalahan jika mangsa rogol berkahwin dengan perogol, kata seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional, malah mencadangkan mangsa berusia sembilan tahun bersedia dari segi fizikal dan rohani untuk berkahwin.

Datuk Shabudin Yahaya

Menurut laporan Mstar, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membidas Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) dengan memberitahu bahawa remaja berusia 12 dan 15 tahun kelihatan lebih dewasa daripada usia mereka.

“Mereka yang berusia 12 dan 15 tahun, kita tidak melihat fizikal mereka kerana bagi kanak-kanak berusia 12 tahun atau remaja 15 tahun, mereka kelihatan seperti gadis 18 tahun,” kata Shabudin di Dewan Rakyat.

Tambahnya lagi, sebahagian kanak-kanak perempuan kini mencapai akil baligh seawal usia sembilan tahun, dan mereka bersedia untuk memasuki alam perkahwinan.

“Jadi, tidak mustahil bagi mereka untuk berkahwin,” katanya.

Beliau berkata, walapun rogol merupakan kesalahan jenayah, perogol dan mangsa perlu diberikan peluang kedua untuk menjalani hidup baru.

Dr Siti Mariah bagaimanapun membahaskan bahawa membenarkan perogol mengahwini mangsa tidak menjamin kehidupan lebih baik.

No comments