Komposer Lagu SAYANG KINABALU Lahirkan Rasa Kecewa.
KOTA KINABALU: Komposer terkenal Asmin Mudin melahirkan rasa kecewanya baru-baru ini selepas ‘Sayang Kinabalu’ terus digunakan secara meluas tanpa pulangan sewajarnya kepada pencipta dan pemilik asal lagu tersebut yang cukup sinonim dengan masyarakat di negeri ini.
“Saya tidak tahan lagi dengan keadaan yang sukar dikawal ini. Lagu Sayang Kinabalu seperti sudah menjadi milik semua dan bukannya milik saya atau syarikat Sky Laser Enterprise Sdn Bhd (Skyline) yang menerbitkan lagu ini.
Asmin Mudin atau dikenali sebagai Umbut membayangkan akan membawa perkara ini ke hadapan agar pihak yang berkenaan tidak terus menerus mengekspoitasi karya orang lain di samping pemilik mendapat bayaran yang sepatutnya.
Terdahulu beliau membidas video yang dimuatnaik di media sosial yang mana lagu Sayang Kinabalu telah digubah semula dan dinyanyikan dalam pelbagai bahasa tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak yang sepatutnya.
Saya tidak pernah dimaklumkan tentang perkara ini… ini perbuatan yang tidak baik apalagi di masa perayaan yang baik ini… saya akan ke depan meneliti tentang perkara ini nanti. Gong Xi Fa Cai - Asmin Mudin.
Untuk rekod antara lagu ciptaan Asmin Mudin yang paling hits ialah lagu Gemilang yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor.
Post a Comment