Warga Emas Didakwa Kerana Cabul Wanita Di Penampang.

KOTA KINABALU: Seorang pekerja restoran didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas pertuduhan mencabul seorang wanita. 

Lim Ah Hui, 65, dituduh menggunakan kekerasan jenayah mencabul mangsa, pada 3 Februari tahun ini jam 2 petang, di tangga tingkat satu, Taman Suria, di Penampang. 

Gambar hiasan

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Oleh itu, Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan pada 30 Februari tahun ini sebagai pengurusan kes terhadap Lim.

Mahkamah membenarkan tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM2,500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Selain itu, Jessica juga memerintahkan tertuduh berada dalam jarak 500 meter daripada mangsa. Hukuman yang diperuntukkan, sekiranya disabitkan bersalah boleh dikenakan penjara maksimum sepuluh tahun, atau sebat, atau dua daripadanya. 

Pegawai Pendakwa Insp Mohd Rasydan Jasni bertindak untuk pihak pendakwaan. 

Dalam pada itu, Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan pada 7 Mac depan untuk laporan kimia, terhadap lelaki yang didakwa memiliki dadah seberat 6.10 gram.

Beny Wong, 25, didakwa melakukan kesalahan itu pada 3 Februari tahun ini di kedai Lido Plaza, di Penampang.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahya 1952, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Insp James Paran memohon tarikh baharu, sementara menunggu laporan kimia disediakan.

Mahkamah memberikan tertuduh ikat jamin sebanyak RM4,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

No comments