Komando Elite TDM Meninggal Dunia Terkena Tembakan Ketika Demonstrasi.
KOTA KINABALU: Seorang Komando dari pasukan elit Tentera Darat Malaysia (TDM) yang melakukan demonstrasi pengoperasian sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia, Tentera Darat Malaysia (TDM) di Kem Lok Kawi, Sabah pagi tadi, meninggal dunia selepas terkena tembakan.
Difahamkan, allaryaham adalah anak kepada pelakon dan pelawak popular tanah air, AR Badul.
Saat kemalangan Mejar Zahir (kiri) yang berlakon sebagai penganas ditembak. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai
Selepas itu, salah seorang anggota dalam pasukan tentera itu kemudian membalas tembakan hingga menyebabkan Mejar Zahir rebah.
Namun tembakan balas tersebut tersasar ke bahagian atas plet baju kalis peluru dan terkena bahagian belakang Mejar Zahir.
Pegawai itu kemudian dibawa ke tepi padang kawad dalam keadaan berlumuran darah sebelum diberi bantuan kecemasan oleh anggota tentera lain.
Mejar Zahir kemudiannya dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) menggunakan ambulan.
Keadaan sedikit suram susulan kejadian itu sebelum majlis diteruskan dengan penyerahan bendera kepada Penglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Penglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.
Difahamkan, selepas majlis itu, satu sidang media sepatutnya diadakan namun terpaksa dibatalkan.
Sementara itu, Ahmad Hasbullah ketika ditemui enggan mengulas lanjut dan difahamkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu. - mysabahnews
Post a Comment