Banci Penduduk Dan Perumahan Bermula Julai 2020 - Azmin
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan Banci Penduduk dan perumahan Malaysia (BANCI 2020) kali keenam pada Julai 2020 sejak penubuhan Malaysia pada tahun 1963.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi,YB Dato` Seri Mohamed Azmin Ali ketika memberi jawapan bertulis bertarikh 13 Mac 2019 bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada 12 Mac 2019 tentang pelaksanaan banci penduduk dalam masa terdekat dan jumlah terkini warganegara Malaysia di Sabah.
Seterusnya beliau menjelaskan bahawa tujuan banci 2020 adalah untuk mendapatkan stok penduduk dan perumahan yang komprehensif serta terperinci pada suatu masa.
"Banci ini dilaksanakan mengikut demografi dan sosioekonomi penduduk sehingga ke peringkat geografi terkecil," tambahnya.
Azmin berkata, maklumat daripada BANCI 2020 ini akan menjadi input untuk perancangan pembangunan negara termasuk pengagihan per kapita seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.
"Ia juga menjadi asas pengiraan Anggaran Penduduk Semasa dan Unjuran bagi penduduk dan Tempat Kediaman bagi tempoh 30 tahun", tambahnya.
Katanya, jumlah anggaran Penduduk Sabah keseluruhan pada tahun 2018 adalah sejumlah 3.9 Juta.
"Bagi jumlah berstatus warganegara 2.7 Juta (70.3%) dan diikuti jumlah bukan warganegara iaitu 1.2 Juta (29.7%)", tambahnya.
Selain itu, semua maklumat yang diperolehi melalui BANCI 2020 akan menjadi input penanda aras baharu dalam penyediaan indikator sosioekonomi negara kelak, tegasnya.
Post a Comment