32 Buah Rumah Atas Air Hangus Dalam Kebakaran.
Foto Ihsan Pembaca
SANDAKAN: 32 buah rumah atas air hangus dalam kebakaran di kawasan kampung air awal pagi tadi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran tersebut pada jam 5.28 pagi melalui panggilan kecemasan.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan yang diketuai oleh PgB Anddre bin Andrew bersama 19 orang anggota dengan menggunakan 3 buah jentera dan sebuah EMRS serta sebuah kenderaan SUV bergegas ke lokasi kebakaran.
Menurut ketua operasi kebakaran melibatkan 32 buah rumah jenis tidak kekal telah musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran tersebut dengan anggaran keluasan keseluruhan 2 ekar.
Terdapat seorang mangsa lelaki yang cedera melecur di bahagian tangan dan telah mendapat rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum di hantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Operasi terkawal pada pukul 6.30 pagi sehingga api padam sepenuhnya.
Maklumat operasi akan di kemaskini dari masa ke semasa dalam kenyataan tersebut.
Foto Ihsan Pembaca
Post a Comment