Tidak Masuk Akal Singapura Beli Air RM0.03 Seribu Gelen, Jual Semula Kepada Malaysia Pada Nilai AS$60 - Tun Mahathir


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata harga semasa jualan air mentah kepada Singapura adalah sangat tidak adil dan ia perlu disemak semula.

“Kami sudah cuba berunding (pada 1962), Singapura enggan. Malah Singapura enggan membawa kes ke mahkamah.

“Singapura membeli air pada kos RM0.03 untuk seribu gelen dan menjual kembali air dirawat kepada Malaysia pada nilai AS$60 untuk jumlah yang sama.

“Ini tidak masuk akal pada masa kini. Adakah harga tidak pernah berubah sejak 1926? Harga ini mungkin boleh diterima pada ketika itu, namun kini ia tidak boleh diterima," tegas Perdana Menteri ketika menjawab soalan salah seorang peserta ketika berucap di Kesatuan Oxford.

Memetik portal Astro Awani lagi, sebelum itu peserta dari Singapura itu bertanya tentang tindakan kerajaan Malaysia hari ini yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir, seolah-olah mahu mengulangi diplomasi berkonfrontasi dengan Singapura.

Bagaimanapun Tun Mahathir tetap bertegas Malaysia akan terus berpegang kepada prinsip ini kerana Singapura telah menikmati keuntungan sejak sekian lama dari hasil harga air yang terlalu rendah.

“Kos rawatan air adalah sangat rendah jadi Singapura menikmati untung besar.

“Saya benci untuk bercakap perkara ini secara terbuka, saya lebih suka beritahu kepada pemimpin Singapura, tetapi memandangkan soalan ini ditanya, saya beritahu harga ini adalah sangat tidak adil,” tegas Tun Mahathir ketika menjawab soalan daripada peserta Singapura itu.

Tun Mahathir berkata lagi, Malaysia hanya mahukan penetapan harga baharu yang lebih adil dan bukannya meminta harga yang terlalu rendah.


No comments