SUV Terhumban Ke Laut Selepas Kemalangan Telah Ditemui.
Akhirnya, kenderaan SUV yang dipercayai terhumban ke dalam laut dari jambatan Pulau Pinang selepas terlibat kemalangan telah dijumpai pada jam 4 petang sebentar tadi.
Ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah iaitu Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata kenderaan terbabit ditemui 15 meter daripada tiang 34 jambatan itu.
"Pasukan operasi dan menyelamat (SAR) kini masih menjalankan kerja-kerja mereka di lokasi kenderaan itu ditemui.
"Kita akan mengadakan sidang media dalam tempoh terdekat," katanya.
Kini sedang giat dijalankan kerja-kerja menaikkan SUV berkenaan dengan menggunakan kren.
Bagaimanapun, usaha mengangkat kenderaan itu terpaksa dihentikan pada jam 7.30 malam tadi kerana cuaca gelap dan operasi akan disambung semula pada jam 7 pagi esok.
Difahamkan, mayat mangsa turut ditemui di tempat duduk pemandu dalam keadaan masih memakai tali pinggang keledar.
Sementara itu, seorang wanita yang dipercayai teman wanita kepada mangsa berkata, Moey dengan pemandu Toyota Vios itu memang berkawan tetapi bukan rapat.
"Saya kawan dengan Moey dalam dua tahun. Mereka kawan, tapi tak rapat. Saya pun tak tahu bagaimana mereka sama-sama terlibat dalam kemalangan ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian namun enggan mengulas lebih lanjut.
Bapa kepada pemandu Vios pula hanya mampu mengungkap kata maaf dan masih terkejut serta sedih dengan kejadian yang berlaku selain meminta untuk diberikan ruang buat sementara waktu.
Post a Comment