Mayat Wanita Mati Bersalin Ditemui Dalam Bilik Hotel.
KOTA KINABLU: Penemuan mayat seorang wanita tempatan berumur 20an di sebuah bilik hotel bajet, Jalan Pantai, Bandaraya Kota Kinabalu setelah menerima panggilan telefon melalui MERS 999 daripada orang ramai pada awal pagi tadi.
Pihak polis dan ambulan bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati wanita tersebut telah meninggal dunia setelah mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertugas.
Punca kematian adalah akibat pendarahan semasa melahirkan anak. Bagaimanapun, bayi lelaki itu dapat diselamatkan dan dirawat di Hospital Likas, Kota Kinabalu. Kes disiasat sebagai kematian mengejut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, mereka sedang giat mengenalpasti identiti wanita tersebut.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang identiti wanita ini atau warisnya digesa untuk tampil atau hubungi pegawai penyiasat Inspektor Mustapha Ramli di talian 019-814 5090 untuk membantu siasatan polis,” katanya.
Post a Comment