DUN Sabah Bubar Untuk Beri Laluan PRU 14.
KOTA KINABALU: Terdapat tanda bahawa pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan diadakan dalam masa terdekat. Desas desus pilihanraya awal Sabah semakin kuat berkencang. Beberapa arahan terbaru daripada Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman dilihat sebagai signal yang paling kuat.
Satu daripada sebabnya ialah Barisan Nasional (BN) Sabah sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya awal dan perpaduan di peringkat parti komponen BN juga dilihat utuh dan tidak bermasalah.
Pertambahan 13 kerusi baru juga dijadikan alasan kukuh supaya pilihanraya ini diawalkan. Walaupun sudah diluluskan oleh DUN Sabah tetapi ia belum diluluskan oleh Parlimen.
Pertambahan 13 kerusi baru ini dibimbangi akan menjadi rebutan di kalangan parti komponan dan boleh menimbulkan masalah kepada perpaduan BN. Sebagai jalan keluar DUN Sabah perlu dibubarkan awal dan semua komponan parti bertanding menggunakan status quo yang sedia ada.
Dengan fokus dan tumpuan telah pun dibuat awal terhadap semua kerusi yang sedia ada maka jentera BN dilihat sudah cukup bersedia berbanding dengan pihak lawan khususnya parti Warisan yang masih lagi sebuk dengan penubuhan jawatankuasa penaja di peringkat Bahagian dan Cawangan.
Parti Warisan mungkin dilihat sebagai cabaran berbanding parti seperti PKR dan PPBM dari Semenanjung, tetapi oleh kerana ia dilihat sebagai parti milik individu iaitu Shafie Afdal maka dijangkakan kekuatan Shafie tidak menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan BN Sabah di bawah Musa Aman.
Shafie memerlukan masa untuk mengujudkan jentera akar umbi di semua peringkat DUN untuk menghadapi pilihanraya negeri, maka ia bukan mudah untuk Shafie berhadapan dengan jentera BN Sabah yang sudah tentu akan mendapat bantuan daripada jentera BN seluruh negara.
Post a Comment