Jurutera Maut Selepas Kenderaan Terbabas Langgar Pokok.

KOTA KINABALU: Seorang jurutera maut selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan yang berlaku di Jalan Coastal berdekatan Gracevile, di sini, semalam. 

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Mangsa Michelle Eliza Johnny, 26 maut selepas kenderaan jenis Honda CRZ yang dipandu mangsa terbabas ke bahu jalan sebelah kanan lalu melanggar pokok. 

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal mendapati bahawa, semasa mangsa dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menghala ke Tanjung Aru dan apabila sampai di Jalan Coastal berdekatan Graceville, kenderaan mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan terlanggar pokok.” 

“Akibat dari kemalangan tersebut, mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 oleh Pihak Bomba dari Sembulan dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, hari ini. 

Beliau turut menyatakan bahawa pemandu tidak disyaki mabuk serta cuaca dalam keadaan baik (selepas hujan) dan kenderaan mangsa juga telah dirujuk kepada pihak Puspakom. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments