13 Peserta Bakal Merebut Gelaran Juara Orang Kuat Sabah.

KOTA KINABALU: Seramai 13 orang peserta bakal merebut gelaran juara orang kuat Sabah dalam satu kejohanan yang dijalankan di Padang Merdeka, di sini, hari ini. 

Aksi salah seorang peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.

Menurut penganjur kejohanan berkenaan Steve Johnny Mositon, kejohanan berkenaan bukan setakat sekadar kejohanan semata-mata kerana ia juga memainkan peranan sebagai pelancongan melalui sukan. 

“Melalui penganjuran sukan seumpama ini, ia bukan sahaja menjadi platform persaingan antara peserta malah turut menjadi satu tarikan pelancong kerana pertandingan ini turut mendapat penyertaan peserta dari luar negara.” 

“Apabila mereka menyertai pertandingan ini secara tidak langsung mereka juga melancong di negara kita,”katanya ketika ditemui media di sini, hari ini. 

Kejohanan yang dijalankan selama dua hari bermula hari ini dan esok kemuncaknya itu bakal menyaksikan peserta mengangkat bebanan sehingga 400 kilogram dan akan menyempurnakan enam disiplin. 

Orang ramai turut dialu-alukan untuk sama-sama memeriahkan kejohanan berkenaan.

No comments