Pelayan Dilempar Makanan, Buat Repot Polis.

KOTA KINABALU: Seorang pelayan di sebuah restoran di sini dimarahi dan dilemparkan makanan di atas meja oleh seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang lembab pada Ahad lepas.


Wanita itu juga melemparkan makanan di atas meja kepada pelayan tersebut.
Menurut sumber, pelanggan tersebut bertindak demikian kerana pesanan kentang gorengnya lambat.

Mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Mangsa memberitahu polis dia membuat laporan itu kerana bimbangkan keselamatan beliau dan merasakan bahawa dia telah dimalukan oleh tindakan pelanggan itu.

Kejadian tersebut yang telah dirakam melalui CCTV di restoran itu menjadi "Viral" selepas ia tersebar di laman sosial. Rata-rata komen daripada orang ramai kebanyakannya memuji pelayan itu atas kesabaran beliau. 

No comments