Kumpulan Militan Abu Sayyaf Dilaporkan Memenggal Tawanan Asal Filipina Kelmarin.


MANILA: Keluarga mangsa bernama Patrick Almodovar, 18 tahun, mengatakan kepada berita harian The Philippine Inquirer bahawa Abu Sayyaf mengkhabarkan kepada mereka tentang pembunuhan itu. 

Salah satu anggota keluarga yang enggan disebut namanya kerana alasan keselamatan berkata, Abu Sayyaf memberi tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak satu juta peso pada pukul 15.00 Rabu kemarin. 

"Keluarga tidak sanggup membayar," kata sepupu mangsa, seperti yang dilaporkan oleh Inquirer.net, Rabu (24/8). 

Dia menyampaikan berita dari Abu Sayyaf itu, ketika keluarga sedang beribadah. 

Almodovor diculik di Barangay Asturias di Jolo pada 16 Julai lalu. 

Jurucakap tentera Filipina di wilayah Komando Mindanao Barat, Mayor Felimon Tan, berkata kepala Almodovar dijumpai di Barangay Kadjatian, Indanan, Sulu pada pukul 19.30 kemarin. - Bernama

No comments