Kanak-Kanak Hilang Yang Ditinggalkan Dalam Hutan Oleh Ibu Bapa Berjaya Ditemui.

JEPUN: Bapa kepada seorang anak lelaki Jepun berusia tujuh tahun yang ditemui selamat selepas enam malam berada sendirian di dalam hutan yang tebal berkata anaknya telah memaafkannya.


Takayuki Tanooka, 44, dan isterinya pada hari tersebut telah meninggalkan Yamato Tanooka di tepi jalan raya di pulau utara Hokkaido pada 28 Mei sebagai hukuman. Ketika mereka kembali semula untuk mengambilnya didapati dia telah hilang. Satu carian besar-besaran telah dilancarkan dan kanak-kanak itu ditemui di sebuah pangkalan tentera pada Jumaat.

Kes itu mencetuskan perdebatan di Jepun mengenai etika keibubapaan.

Mr Tanooka berkata kepada penyiaran TBS dalam satu wawancara yang disiarkan kelmarin: "Saya berkata kepadanya, 'Ayah meninggalkan kamu, walaupun ianya amat sukar. Saya minta maaf.'."

"Dan selepas itu, anak saya berkata, 'Kamu adalah ayah yang baik. Saya memaafkan kamu'.".

Yamato, yang telah dibawa ke hospital, dijangka akan diberi pelepasan pada hari Selasa.

Kanak-kanak itu dijumpai pada pagi Jumaat di sebuah pondok di padang latihan ketenteraan, 5.5km (3.4 batu) jarak di mana tempat ia ditinggalkan, sebagai hukuman kerana membaling batu ke arah orang dan kereta. Katanya, beliau merasakan yang di telah kehilangan arah, Sambil menangis dan berjalan selama kira-kira lima jam sebelum tiba di bangunan di mana dia dijumpai, menurut akhbar The Mainichi.

Beliau berkata dia minum air dari paip di kemudahan itu tanpa memakan apa-apa selama enam hari, kata akhbar itu. Ketika ditemui, Yamato mengalami dehidrasi ringan, kekurangan zat makanan dan mempunyai kesan calar pada lengan dan kakinya, pada masa yang sama ia berada dalam keadaan sihat.

Polis berkata, mereka tidak akan mengenakan tindakan mahkamah terhadap ibu bapa Yamato. - BBC

No comments