Polis Jawab Tak Tahu Kenapa Tembak.

WASHINGTON: “Encik, kenapa encik tembak saya?” tanya seorang lelaki kulit hitam kepada anggota polis yang menembak kakinya dan anggota polis itu menjawab: “Saya tidak tahu”.


Lelaki kulit hitam itu, Charles Kinsey, 47, sedang berusaha membantu seorang pesakit autisme yang dijaganya apabila dia ditembak walaupun dia sudah berbaring di atas jalan dan mengangkat tangannya sambil merayu supaya dia tidak ditembak.

Sebelum itu, Kinskey cuba membantu pesakit autisme yang merayau dari rumah jagaan tempatnya bekerja di Miami sebagai ahli terapi.

Menurut polis, mereka mendapat panggilan ada lelaki bersenjata api merayau dan mengancam mahu membunuh diri.

Kejadian tembakan itu dirakam seseorang menggunakan telefon bimbit menunjukkan Kinskey berbaring di atas jalan sambil berkata “Dia pegang lori mainan. Saya ahli tetapi di rumah kebajikan” sebelum tiga tembakan dilepaskan.

Dalam temuramah di hospital, Kinskey berkata: “Saya berkata kepada polis itu, ‘encik, tolong jangan tembak saya. Tolong jangan tembak.”

Menurutnya, dia kemudian berasa sakit pada kaki dan menyedari ditembak dia berkata ‘encik, kenapa encik tembak saya?’ dan dia menjawab, ‘saya tidak tahu’.”

Polis yang melepaskan tembakan itu kini diarah bercuti seminggu dan siasatan dilakukan Jabatan Pendakwaraya Miami-Dade. - AFP

No comments