Muhyiddin Yassin Dilantik Perdana Menteri Ke-8 Malaysia.


Presiden Bersatu adalah perdana menteri Malaysia kelapan.

Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Ahmad Fadil berkata, ia selepas Istana Negara menerima senarai calon perdana menteri daripada ketua-ketua parti politik.

Ia sebagai lanjutan proses temu duga Sultan Abdullah dengan semua anggota parlimen yang dibuat pada Selasa dan Rabu lalu.


"Setelah mendapat representasi daripada semua ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing, serta ahli Dewan Rakyat yang bebas, pada hemat Seri Paduka Baginda, ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat ialah Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin (Muhyiddin).

"Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Tan Sri Mahiaddn Md Yasin (Muhyiddin) sebagai perdana menteri, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Ahmad Fadil berkata majlis angkat sumpah akan diadakan di Istana Negara pada pukul 10.30 pagi esok (1 Mac).

"Seri Paduka Baginda bertitah bahawa proses pelantikan perdana menteri tidak boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama.

"Seri Paduka Baginda bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan Baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir," katanya lagi.

Pelantikan itu dibuat tidak lama selepas Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau mempunyai sokongan anggota parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.

Ia selepas PH mengisytiharkan sokongan kepadanya. Sokongan Warisan menyusul tidak lama kemudian.

Muhyiddin berusaha menguasai Bersatu tetapi beberapa anggota Parlimen parti itu kekal menyokong Mahathir. - MKini

1 comment:

  1. In this fashion my associate Wesley Virgin's biography launches in this SHOCKING and controversial video.

    You see, Wesley was in the military-and soon after leaving-he unveiled hidden, "self mind control" secrets that the government and others used to get whatever they want.

    As it turns out, these are the exact same SECRETS tons of famous people (notably those who "come out of nowhere") and top business people used to become rich and successful.

    You've heard that you use only 10% of your brain.

    Really, that's because the majority of your brain's power is UNCONSCIOUS.

    Maybe this conversation has even taken place IN YOUR own brain... as it did in my good friend Wesley Virgin's brain around 7 years back, while riding an unregistered, trash bucket of a car with a suspended driver's license and $3 in his pocket.

    "I'm so fed up with going through life paycheck to paycheck! When will I finally succeed?"

    You've taken part in those thoughts, isn't it so?

    Your own success story is waiting to be written. All you need is to believe in YOURSELF.

    CLICK HERE To Find Out How To Become A MILLIONAIRE

    ReplyDelete