Pelajar Dirogol Tiga Kali Dalam Tiga Malam Berturut-turut Di Hotel.
SIBU: Seorang pelajar sekolah menengah dipercayai dirogol sebanyak tiga kali dalam tiga malam berturut-turut sebelum berjaya melarikan diri daripada nafsu buas seorang lelaki di sebuah bilik hotel di Kapit, awal pagi Selasa.
Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu, mangsa berumur 17 tahun terus menuju ke Balai Polis Kapit untuk membuat laporan polis selepas berjaya melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian berkata, suspek yang menyedari mangsa melarikan diri telah keluar dari hotel tersebut dan menaiki bot ekspres untuk ke Sibu.
"Bertindak atas maklumat, suspek berumur 27 tahun yang dikenali sebagai 'Boy' berjaya ditangkap oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) setibanya di Terminal Ekspres Sibu," katanya dalam satu kenyataan bagi mengesahkan kes tersebut.
Hasil siasatan awal polis katanya, mendapati mangsa yang ke Kapit untuk mencari rakan wanitanya, mula mengenali suspek di sebuah kedai makan di Kapit sekitar 2.30 petang pada Ahad.
Katanya, suspek mengambil kesempatan ke atas mangsa apabila mengetahui remaja berkenaan bukan penduduk tempatan di Kapit.
"Mengetahui mangsa orang luar, kesempatan itu digunakan suspek untuk berpura-pura menyatakan dia mengenali rakan yang dicari dan akan membawa mangsa berjumpa dengan rakannya itu," jelasnya ketika dihubungi Utusan Borneo.
Freddy berkata, suspek kemudian membawa mangsa mendaftar masuk di sebuah hotel di Kapit.
Bagaimanapun kira-kira pukul 10 malam katanya, suspek kembali ke hotel tersebut dan telah memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks dengannya.
"Selama tiga hari bersama di dalam bilik hotel, suspek telah memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks secara paksa dengannya sebanyak tiga kali.
"Mangsa telah diugut bunuh oleh suspek sekiranya dia memberitahu sesiapa mengenai perkara yang telah terjadi," jelasnya lanjut.
Namun, mangsa berjaya meloloskan diri daripada terus menjadi hamba seks apabila suspek tidur pada pukul 3 pagi.
Difahamkan, mangsa merupakan seorang pelajar dari sebuah sekolah menengah di daerah Song.
Freddy menambah kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - Utusan Borneo

Post a Comment