Pulang Selepas Sesat 640KM.
Keomanee bersama anaknya (tengah) di pos kawalan imigresen Chiang Rai selepas bertemu semula. - AFP
BANGKOK: Seorang wanita Thailand berusia 59 tahun yang mengalami demensia, sesat berjalan sehingga 640km ke China, lapan bulan selepas keluar dari rumahnya untuk mengunjungi anak lelakinya yang tinggal berdekatan, akhirnya kembali semula ke rumahnya hari ini.
Kaeomanee Arjaw, dari puak bukit Akha, dilaporkan hilang pada 12 Jun dari rumahnya di wilayah Chiang Rai, Thailand yang merupakan sebahagian daripada pergunungan zon Segi tiga Emas yang bersempadan dengan Laos dan Myanmar.
Dia ditemui di bandar selatan Kunming, China lewat Januari membawa kad pengenalan Thailand, dengan pegawai segera membantu menghubungi konsulat tempatan.
China bersempadan dengan kedua-dua Laos dan Myanmar namun tidak diketahui laluan mana yang diambilnya untuk menyeberangi sempadan terpencil atau berapa jauh perjalanannya.
"Dia memberitahu pegawai bahawa dia ke sana berjalan kaki, terus berjalan sambil meminta makanan daripada gerai-gerai sepanjang jalan," kata Kolonel Aekkorn Busabarbodin, seorang polis imigresen Chiang Rai memberitahu AFP.
Pada Khamis lalu, anak perempuan Kaeomanee, Suchada, 35, berlepas ke Kunming bersama pegawai Thai - bersatu dengan ibunya sambil bertangisan dalam pertemuan semula yang penuh emosional. - AFP
Post a Comment