Masuk Sabah: Bukan Shafie Yang Menentukan PPBM Nak Masuk Atau Tidak, Kata Dr M.


PETALING JAYA: Pengerusi PPBM hari ini berkata persefahaman dengan Warisan mengenai isu melebarkan sayap partinya ke Sabah bukan sesuatu yang tidak boleh diubah.

Beliau ditanya pemberita selepas Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal baru-baru ini berkata PPBM tidak perlu ke Sabah ketika spekulasi bertiup kencang selepas tindakan keluar pemimpin-pemimpin Umno Sabah.

"Shafie memberi pendapatnya. Kita tak tertakluk kepada pandangan orang lain kecuali penilaian sendiri tentang sama ada kita pergi (ke Sabah) atau tidak.

"Kami akan membuat keputusan sama ada kita ikut Shafie Apdal atau Shafie Abdullah," katanya, merujuk kepada peguam terkenal, Tan Sri Shafie Abdullah.

Sumber

No comments