Lelaki Dakwa Ibubapa Ke Mahkamah Kerana Lahirkan Dia Ke Dunia Tanpa Persetujuannya.


NEW DELHI: Raphael Samuel, 27, dari New Delhi, India terkenal sebagai antinatalisme - individu berfahaman negatif terhadap kelahiran.

Dia berpendapat melahirkan makhluk tanpa meminta persetujuan mereka merupakan satu kesalahan moral.

Bagi Raphel kehidupan tanpa mendapat persetujuan tidak seharusnya dibawa ke dunia ini.

Ironisnya, menganggap dirinya adalah mangsa kehidupan, pemuda itu merancang membawa ibu bapanya ke mahkamah.

Raphel menganggap kedua-dua orang tuanya melahirkan dia ke dunia ini tanpa meminta persetujuannya terlebih dahulu.

Dengar komen lelaki antinatalisme ini tentang ibu bapanya sebagaimana dikutip oleh odditycentral:



"Saya sayang ibu bapa saya, kami punya hubungan baik, tapi mereka ada saya atas nama keseronokan mereka.

"Kehidupan saya baik, tapi saya tidak melihat mengapa saya mesti lalui hidup dengan bersekolah dan berkerjaya, terutama ketika mereka tidak bertanya untuk membawa saya ke dunia ini," katanya.