Terkurung Bersama Mayat Datuk Dan Nenek.
Kanak-kanak yang ditemui terkurung dalam rumah bersama mayat datuk dan neneknya.
SEORANG kanak-kanak ditemui dalam keadaan menyayat hati terkunci dalam rumah bersama mayat datuk dan neneknya di Keelung, Taiwan, semalam.
Dia ditemui selepas polis memecah masuk rumah berkenaan berikutan aduan daripada penduduk yang menyatakan mereka tidak melihat pasangan itu sejak tiga hari lalu.
Menurut The Mirror, kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan neneknya berusia 60-an manakala ibu bapanya keluar bekerja.
Ketika ditemui, kanak-kanak itu menangis sambil memanggil ‘datuk’ dan ‘nenek’ berkali-kali.
Menurut polis, kanak-kanak terbabit tidak makan sekurang-kurangnya dua hari dan pasangan itu mungkin meninggal dunia selang seminit dalam tempoh 48 jam.
Berdasarkan siasatan, tiada tanda pergelutan dalam rumah dan polis menolak kemungkinan berlakunya keracunan karbon monoksida.
Bagaimanapun, datuk kanak-kanak terbabit pernah menjalani pembedahan ketumbuhan otak kira-kira 10 tahun lalu manakala neneknya mengalami masalah jantung.
Dia kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan manakala ibu bapanya dihubungi supaya pulang segera. -Agensi
Post a Comment