Gadis Brunei Meninggal 15 Jam Selepas Nahas.


PAPAR: Selepas 15 jam bertarung nyawa, remaja perempuan berusia 17 tahun yang parah dalam kemalangan mengorbankan ibu dan bapanya di Jalan Papar - Beaufort berhampiran Kampung Lanas, dekat sini, semalam, meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa yang juga warga Brunei, Bernie Chin Sun Ron, 17, disahkan meninggal dunia pada jam 5 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman, ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.

"Mangsa yang juga anak kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan semalam meninggal dunia pagi tadi dan bedah siasat akan dijalankan hari ini untuk mengenal pasti punca kematian.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Dalam kejadian jam 2 petang semalam, bapa Sun Ron, Danny Chin Fon Moe, 54, dan ibunya, Chon Chin Ogi, 55, maut di lokasi kejadian apabila kereta Toyota Vios dinaiki mereka terhumban ke dalam parit selepas terbabit kemalangan dengan dua lori tiga tan.


Kejadian itu turut mengakibatkan pemandu kedua-dua lori tiga tan bersama seorang kelindan cedera dan dirawat di Hospital Papar. - BHarian

No comments