FAS Yakin Dapat Lesen Kelab Bolasepak Kali Ini.
Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yakin bahawa ianya akan mendapat lesen kelab bolasepak yang di dambakan selama ini.
Menurut laporan akhbar Borneo Post, Setiausaha Agung FAS Razali Dolhan telah dipetik berkata bahawa pihak beliau telah bertungkus lumus dalam masa singkat ini bagi memastikan dokumen yang diperlukan disediakan dengan sempurna.
Laposan akhbar tersebut turut menyebut bahawa pihak FAS telah menghantar satu set dokumen yang amat lengkap kali ini dan Razali percaya bahawa ianya adalah mencukupi untuk membolehkan rayuan untuk mendapatkan lesen kelab diterima.
Razali turut menyatakan bahawa pihaknya juga telah menggunakan laporan alternatif bagi menangami masalah kegagalan pihak FAS yang baharu mendapatkan laporan kewangan FAS-FMG, sambil berkata pihaknya bukan memohon untuk mendapatkan pinjaman, jadi ianya sepatutnya memadai.
FAS dikhabarkan gagal mendapatkan lesen kelab bolasepak kerana tidak menghantar dokumen lengkap semasa memohon, dan situasi ini telah mengakibatkan pihak pengurusan FAS baharu dan pihak pengurusan FAS lama saling menunding jari.
Diharapkan usaha mereka kali ini akan berjaya agar ketenangan boleh hadir semula di dalam bolasepak Sarawak, sekaligus membolehkan FAS memberi fokus kepada pembangunan bolasepak di Sarawak. - Sarawakcrocs
Post a Comment