Nahas Lahad Datu, Pemandu Lori Tangki Bangsa Bugis Ditahan.

LAHAD DATU: Pemandu lori tangki yang terbabit dalam nahas mengorbankan empat mangsa di Kilometer 3, Jalan Lahad Datu-Tungku pagi tadi, ditahan untuk siasatan lanjut. 


Bagaimanapun, identiti empat mangsa belum dikenal pasti setakat ini. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, berkata siasatan awal nahas lori dan van kira-kira jam 6 pagi itu mendapati, kedua-dua kenderaan bertembung sebelum terbabas ke bahu jalan menghala Tungku.





“Lori berkenaan dari arah Lahad Datu ke Tungku. Semua mangsa dalam van meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berbangsa Bugis ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, hari ini. - BH ONLINE

No comments