Lelaki Tempatan Mati Ditembak Oleh Adik Sepupu.

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan maut tertembak oleh adik sepupunya semasa memburu dikawasan estet di daerah kecil Sook, Keningau. 

Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritenden Polis (DSP) Ahmad Jawila berkata, kejadian berlaku pada 17 Julai lalu kira-kira pukul 12.01 tengah malam. 

Katanya, mangsa yang maut itu dikenali sebagai Chirstanius Lukas berumur 38 tahun berasal dari Kg.Tulid, Sook, Keningau. 

“Hasil siasatan ditempat kejadian mendapati mangsa yang maut itu tertembak dengan jarak 15.7 meter dari arah depan dan hasil keputusan bedah siasat pihak Hospital Queen Elezibeth Kota Kinabalu, mendapati mangsa tertembak di bahagian jantung, paru-paru, buah pinggang dan hati,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Keningau, kelmarin. 

Katanya lagi, pihak polis turut merampas dua laras senapang jenis bakakuk, lima butir peluru pelbagai warna, sebilah parang serta pisau. 

Tambah beliau lagi, sekiranya siasatan mendapati peluru tersebut dijual oleh peniaga menjual peluru berlesen pihak polis tidak akan teragak-agak menggantung lesen peniaga berkenaan. 

Katanya, suspek kini ditahan reman sehingga 24 Julai dan kes disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan. 

Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori. - OLEH RIZALMI LIMAN / NewSabahTimes

No comments