Tombak Ibu Hingga Mati.

Kota Belud: Seorang ibu yang dikenali sebagai Teh Jari, 57 tahun ditemukan maut di rumahnya di Kampung Linau, jam 10.40 malam tadi dipercayai di pukul oleh anak lelakinya menggunakan tombak, lapor hmetro.com.my.

Gambar Ihsan PDRM

Mangsa yang bekerja sebagai petani itu ditemukan berlumuran darah diruang tamu rumah mereka oleh seorang lagi anaknya sebelum dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia pada pada 4.40 pagi tadi.

Dimaklumkan sebelum kejadian seorang lagi anak mangsa yang tinggal bersebelahan rumah mendengar jeritan meminta tolong ibunya.

Beliau pun bergegas ke rumah dan melihat adiknya melarikan diri dari rumah itu.

Sejurus itu beliau menemukan ibunya terbaring berlumuran darah.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kota Belud dengan bantuan penduduk kampung sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di hospital berkenaan akibat parah di bahagian tangan, dada dan muka.

Laporan polis dibuat dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud berjaya memberkas suspek terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mangsa dipercayai dipukul menggunakan tombak sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah di bahagian tangan, dada dan muka.

“Suspek yang berusia 28 tahun adalah pesakit mental dan pernah dirawat di Hospital Mesra, Bukit Padang, Luyang, Kota Kinabalu,” katanya.

No comments