Lobo Setia Meronda Bersama Anggota Keselamatan.
KOTA KINABALU: “Thank you Lobo and the gang for being with us!” (Terima kasih Lobo dan rakan kerana bersama kami!), ” kata penghargaan bersama gambar anjing yang dikenali sebagai Lobo dimuat naik dalam Facebook milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.
LOBO, setia menemani anggota keselamatan ketika melakukan rondaan dan pemantauan di sekitar Pulau Mataking, Semporna. - Foto Facebook PDRM
Dalam laman sosial berkenaan memaparkan Lobo menemani anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melakukan pemantauan di sekitar di Pulau Mataking, Semporna.
Dalam Facebook itu, anggota yang terbabit dalam operasi di sekitar pulau itu menyatakan Lobo tanpa gagal akan mengekori pasukan rondaan jalan kaki.
Lobo, adalah tiga anjing yang tinggal di Pulau Mataking, turut berkhidmat bersama anggota pasukan polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lobo setia menemani pegawai dan anggota Batalion 14, PGA dan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) setiap kali mereka melakukan rondaan di sekitar pulau itu yang terletak di pantai timur Sabah.
Kawanan haiwan itu yang menghuni pulau berkenaan memilih menjadi sebahagian daripada keluarga petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Pos Gabungan PDRM-ATM dalam menjaga keselamatan pulau. - BH ONLINE
Post a Comment