20 Maut Dibelasah Dan Ditikam.

Sargodha, Pakistan: Seorang penjaga makam yang dianggap suci di sini, membunuh 20 orang, termasuk empat wanita yang mengunjungi tempat itu di wilayah Punjab, semalam. 


Menurut Times of India, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Abdul Waheed, dipercayai mengalami masalah mental, menikam serta memukul mangsa dengan cota selepas memberi dadah kepada mangsa. 

Kejadian pada sebelah malam itu hanya diketahui selepas seorang wanita, antara empat mangsa yang terselamat, memberitahu polis ketika dia dirawat di Hospital Daerah Sargodha. 

Penolong Pesuruhjaya Polis Sargodha, Liaquat Ali Chatta, berkata polis yang ke tempat kejadian hari ini, menemui 20 mayat di sekitar makam berkenaan. 

AP melaporkan, selain Abdul Waheed, polis turut menahan empat lagi yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan itu. 

Empat mangsa, termasuk tiga wanita yang dirawat di hospital, kini dilaporkan dalam keadaan kritikal. 

Abdul Waheed dikatakan mengamalkan kaedah memukul dan menyeksa mereka yang datang, kononnya bagi membersihkan dosa. - Agensi

No comments