Najib Antara 12 Menteri Kewangan Terbaik Di Asia.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan sebagai antara 12 Menteri Kewangan Terbaik di Asia, lapor portal kewangan antarabangsa FinanceAsia. 


Portal tersebut yang setiap tahun mengeluarkan rangking kewangan untuk negara-negara di Asia berkata bahawa Najib berada di tangga ke-10 berbanding 48 negara di rantau Asia-Pasifik. 

Menurut FinanceAsia yang beribu pejabat di Hong Kong, China itu selain Najib, turut dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik di Asia ialah Sri Mulyani Indrawati (Indonesia) dan Arun Jaitley (India). 

Juga Sonny Dominguez (Filipina), Lou Jiwei (China), Heng Swee Keat (Singapura), Sheu Yu-jer (Taiwan), John Tsang (Hong Kong) dan Scott Marrison (Australia). 

Portal yang sama itu pada tahun lalu pernah telah menyenarai Najib sebagai Menteri Kewangan paling teruk di Asia kerana konon gagal menarik keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi negara. 

Selain itu, kejatuhan mendadak nilai mata wang negara turut dikatakan sebagai antara punca utama kelembapan ekonomi. Bank Negara Malaysia (BNM) ketika mengumumkan Laporan Tahunan 2016 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2016, mengunjurkan ekonomi Malaysia bakal mencatat pertumbuhan kukuh. 

Ia diramal boleh berada antara jajaran 4.3 dan 4.8 peratus sepanjang tahun ini, berbanding hanya 4.2 peratus pada tahun lalu. 

Gabenornya, Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, pertumbuhan itu didorong oleh permintaan domestik daripada sektor swasta dan disokong oleh sektor luaran serta jangkaan pemulihan harga komoditi. 

Katanya, BNM menjangkakan harga minyak mentah Brent berlegar sekitar AS$50 hingga AS$55 (RM221.45 hingga RM243.60) setong, manakala harga minyak sawit mentah pula pada RM2,700 satu tan metrik. 

Muhammad berkata, sektor luaran Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun persekitaran global terus tidak menentu dengan secara keseluruhan, eksport barangan dan perkhidmatan bersih. 

Ia dijangka dapat menyokong pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar untuk tahun ini berikutan pemulihan eksport secara beransur-ansur. 

Beliau seterusnya berkata, akaun semasa dijangka mencatat lebihan satu hingga dua peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada 2017. 

Eksport dan import dijangka terus kukuh pada 2017, disokong oleh unjuran pertumbuhan global serta harga komoditi yang bertambah baik, serta permintaan domestik yang mapan, katanya. - MOF Comms

No comments