MKN Hantar Pulang 429 PATI Filipina Dari Pelabuhan Sandakan.
SANDAKAN: Sebanyak 429 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Filipina dihantar pulang ke negara asal mereka menerusi Pelabuhan Sandakan di sini, semalam.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara Sabah, Datuk Rodzi Md Saad dalam satu kenyataan hari ini berkata mereka terdiri daripada 270 lelaki dewasa, 123 wanita dewasa, 25 kanak-kanak lelaki dan 11 kanak-kanak perempuan.
Beliau berkata operasi penghantaran balik PATI tersebut dijalankan bermula jam 10.30 malam menggunakan feri dari Pelabuahan Sandakan ke Zamboanga Filipina.
Menurutnya, operasi berjalan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku. - BERNAMA
Post a Comment