Lelaki Warga Emas Ditahan PPM Kerana Miliki Syabu.
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan seorang lelaki warga emas selepas dipercayai memiliki dadah jenis Syabu, petang semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi (PPM) Wilayah Empat Semporna, ASP Safardi Abd Samad berkata PPM menahan dan memeriksa sebuah bot dijuragani seorang warga emas berusia 61 tahun di perairan Tangkaloh kira-kira 5.50 petang.
“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot dan suspek, PPM menjumpai satu peket sederhana besar lutsinar ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu seberat empat gram, satu gulung kerajang aluminium dan satu telefon bimbit di dalam beg sandang pada juragan terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Safardi berkata ekoran penahanan itu polis turut merampas sebuah bot, sebuah enjin sangkut, satu gelen minyak dengan nilai rampasan RM13,210. - BERNAMA
Post a Comment