Lelaki Temui Mayat Cucu Sendiri Dengan Usus Terburai.

Indonesia: Seorang ayah tidak dapat menahan malu dan sebak apabila mayat bayi yang dia temui di sungai berhampiran rumahnya adalah cucunya sendiri (anak luar nikah anak perempuannya, Nor 16 tahun).


Mayat bayi berkenaan dia temui ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, menurut laporan pada awalnya lelaki itu tidak mengetahui bahawa bayi itu adalah cucunya sendiri dan beliau sendiri melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Pihak polis yang sampai di lokasi, kemudian membuat tinjauan dan menerima aduan salah seorang penduduk menemui beg plastik hitam mengandungi kain dan seluar dalam berdarah tidak jauh dari tempat penemuan bayi tersebut.

Berdasarkan maklumat tersebut pihak polis mencari siapa pemilik kain dan seluar dalam berkenaan, lelaki yang menemui mayat bayi terkejut melihat kain yang dia kenali dan tanpa ragu-ragu membawa pihak polis ke rumahnya.

Setelah anak gadisnya diperiksa dan disoal siasat dengan menunjukkan bukti yang ada akhirnya suspek remaja perempuan berusia 16 tahun itu mengakui perbuatannya.

Nor mengaku melahirkan bayi itu pada malam 28 February lalu di dalam rumah ketika ayahnya tiada.

Menurut pengakuan Nor, bayi itu tidak berhenti menangis ketika dilahirkan, hal itu membuatnya panik dan kemudian memotong tali pusat bayi dengan cara ditarik hingga usus ikut terkeluar sedikit membuat bayi menangis tanpa mengeluarkan suara.


Tidak ada sedikit pun rasa kasihan, untuk menyembunyikan aib Nor, kemudian membuang bayi itu ke sungai depan rumah mereka bersama-sama dengan beg plastik yang mengandungi kain dan seluar dalam berdarah.

Selepas pengakuan Nor, seorang lelaki remaja yang merupakan kekasihnya turut ditahan, kedua-duanya mengaku sudah melakukan hubungan intim seperti suami isteri sejak Nor masih berusia 14 tahun lagi.

Bagaimanapun pihak polis turut mengesali perangai bapa suspek pelajar tersebut yang sebenarnya tidak terlalu menjaga anak dan mengabaikan gadisnya itu selepas ketiadaan isteri.

Menurut ketua pengurus perlindungan kanak-kanak, Hairiah berkata sangat mustahil bagi seorang bapa tidak mengetahui perubahan perut anaknya jika mereka duduk dalam bumbung rumah yang sama.

"Ini adalah pengajaran kepada orang tua agar selalu melakukan pemeriksaan kepada anak terutamanya anak remaja, kes ini berlaku kerana kurangnya perhatian orang tua dalam mendidik anak, malahan ketika mengandung ayahnya tidak mengetahuinya"

"Peranan seorang ayah sangat penting mengawasi pergaulan anak sebagai usaha mencegah kenakalan mereka."

"Saya sangat prihatin kerana kes bunuh dan pembuangan bayi ini dilakukan oleh kanak-kanak di bawah umur, saya yakin dia panik dan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalahnya" ujarnya.


Bagaimanapun hari ini pasangan remaja berkenaan didakwa dibawah akta 341 atau 342 KUHP dengan hukuman tujuh tahun penjara.

No comments