4 Wanita Rogol Guru Lelaki Sehingga Pengsan.

Seorang guru lelaki terkejut melihat keadaan kemaluannya yang lebam selepas sedar dari pengsan dipercayai dirogol empat orang wanita.

Gambar hiasan

Guru lelaki yang berasal dari Zimbabwe, tersebut menceritakan bahawa dia mengalami serangan seksual selama berjam-jam oleh empat wanita berkulit terang.

Dalam kejadian yang berlaku Jumaat lalu, dia menumpangkan 4 wanita dalam perjalanan balik kerumah menaiki kereta.

Kemudian salah seorang wanita menyuruhnya masuk jalan kecil sebelum berhenti, secara tiba-tiba salah seorang dari mereka memdakap mulutnya dari belakang dengan kain yang membuatkan dia tidak sedarkan diri.

Pihak polis setempat yang membuat siasatan mendapati mangsa memakai kereta Toyota Quantum, empat penumpang wanita berkenaan adalah buruan polis yang sudah beberapa kali melakukan serangan seksual terhadap lelaki di kawasan itu.

Bulan lalu sahaja terdapat 3 lelaki yang menjadi mangsa, dipercayai empat wanita itu memiliki perniagaan menjual sperma lelaki.

Alasan mereka menumpang kereta orang lain dengan mengatakan ingin menjemput seorang rakan dan kemudiannya mengalihkan rute perjalanan mereka.

Beberapa mangsa berkata bahwa salah seorang dari wanita itu fasih berbahasa Ndebele, sesekali mereka bercakap dengan bahasa yang tidak difahami.

Guru yang menjadi mangsa berkata, sebelum ia didakap salah seorang wanita sempat memberikan sebotol minuman, ketika dia sedarkan diri dia berada di semak samun dengan keadaan telanjang dan kemaluannya lebam. Dia kemudian bergegas ke dalam kereta dan melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Sebelumnya mangsa mendakwa bahawa dia pernah melihat gadis berkenaan sebelumnya dan mereka juga pernah cuba menggodanya.

No comments