Sewaan Tapak Teksi Ditamatkan Di Masjid Bandaraya K. Kinabalu, Susulan Kes Pergaduhan Pemandu Teksi Dan Uber.

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu memutuskan untuk menamatkan sewa tapak teksi di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu berkuatkuasa serta merta.


Satu surat bertarikh 20 Februari yang mengarahkan Persatuan Teksi Pantai Barat Cawangan Kota kinabalu untuk mengosongkan tapak sewaan berkenaan dan membuka khemah serta papan tanda dengan serta-merta.

Tindakan itu diambil atas nasihat Jabatan Agama dan pihak Keselamatan bagi memastikan keselamatan pengunjung Masjid Bandaraya selepas pergaduhan membabitkan pemandu teksi dan pemandu Uber di sini.

Dalam kejadian yang berlaku pada ahad lalu seorang pemandu Uber mendakwa didatangi beberapa orang pemandu teksi ketika mengambil penumpang di sini. Ketegangan tercetus selepas dua daripada pemandu teksi itu menyerang mangsa.

Mangsa mendakwa ditumbuk di bahagian bibir dan leher sebelah kanan. Demi untuk mempertahankan diri, mangsa terpaksa melawan dua lelaki itu sebelum bertindak membuat laporan polis atas insiden berkenaan.

No comments