Penyu Telan Puluhan Syiling Akan Dibedah.
Bangkok: Pakar veterinar merancang membedah seekor penyu yang sakit selepas bertahun-tahun menelan duit syiling yang dicampak ke dalam kolam oleh orang ramai untuk mendapatkan tuah.
Pensyarah fakulti sains veterinar dari Universiti Chulalongkorn, Nantarika Chansue berkata, pasukannya sedang membuat persediaan membuang puluhan duit syiling yang terkumpul di dalam perut penyu itu.
Portal Bangkokpost melaporkan, pembedahan itu dijangka dijalankan dalam tempoh dua minggu lagi.
Penyu itu dibawa oleh anggota tentera dari daerah Si Racha di Chon Buri, tempat tinggal di dalam sebuah kolam terbiar.
Perut penyu itu yang semakin berat menekan cengkerang di bahagian bawah menyebabkan ia retak dan dijangkiti kuman.
Paru-paru haiwan itu juga terkena jangkitan kuman menyebabkan dia tidak boleh menyelam. Penyu itu juga sukar untuk berenang dan makan.
Imbasan CT pada penyu itu menemui satu gumpalan besar syiling di dalam perut serta mata pancing di ususnya.
Menurutnya, beberapa penderma berjaya mengumpul dana berjumlah 15,000 baht (RM1,900) bagi membiayai rawatan untuk penyu berkenaan. - Agensi/HMetro
GAMBAR imbasan CT ini menunjukkan wang syiling yang berkumpul di dalam perut penyu berkenaan. - Agensi

Post a Comment