Lelaki Melecur Disambar Api Gara-gara Isteri Bersalin Anak Luar Nikah.

Kangar: Seorang suami melecur separuh badan apabila petrol yang disimbah ke atas motosikal isteri yang sedang terbakar, menyambar anggota badannya di Kampung Tok Pulau di sini, semalam. 

KETUA Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew. - Foto Eizairi Shamsudin

Dalam kejadian jam 2 petang itu, suspek yang berusia 32 tahun dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang melahirkan anak dipercayai hasil hubungan terlarang dan mahu menggunakan namanya sebagai bapa dalam sijil pendaftaran kelahiran. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata pihak polis yang tiba lokasi kejadian mendapati suspek sudah ditangkap penduduk kampung dan bahagian belakang badan suspek melecur hampir 50 peratus. 

"Berdasarkan siasatan, pasangan suami isteri ini tidak lagi tinggal bersama sejak dua tahun yang lalu dan pada masa yang sama isteri suspek menjalinkan hubungan bersama lelaki lain. - BHOnline

"Tindakan wanita itu mahu anak hasil bersama lelaki lain berbinkan suspek mendorong lelaki itu mengamuk dan membakar motosikal isterinya, " katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, di sini, hari ini. 

Wari berkata suspek kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. - BHOnline

No comments