Lelaki Cuba Samun Seorang Wanita Di Dalam Kereta.
Miri: Seorang lelaki ditahan empat jam selepas gagal dalam cubaan menyamun seorang wanita di dalam kereta mangsa di Senadin, Miri, semalam.
Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa, seorang juruwang berusia 36 tahun, berada dalam kereta apabila suspek terus memasuki kereta itu dan mengacu sebilah pisau sambil memaksa mangsa memandu kereta.
Bagaimanapun, mangsa bertindak pantas dengan keluar dari kereta sambil menjerit meminta pertolongan dari orang awam di kawasan itu sehingga memaksa suspek panik dan cuba melarikan dengan menaiki sebuah motosikal.
Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata, orang ramai cuba untuk menangkap lelaki tersebut tetapi gagal apabila suspek dapat meloloskan diri selepas terjatuh dengan meninggalkan motosikal dan sebilah pisau di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, atas maklumat awam, suspek berusia 43 tahun itu ditangkap di pekarangan rumahnya di Bandar Baru Permyjaya di sini pada pukul 5.40 petang, katanya dalam kenyataan di Miri hari ini.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana menyamun. - Bernama
Gambar hiasan

Post a Comment