Lagi Kes Tahanan Mati Dalam Lokap.

Kuala Kubu Bharu: Seorang tahanan di lokap Balai Polis Bukit Sentosa yang berada dalam tempoh reman meninggal dunia jam 1.50 pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, kematian M Thanaseelan, 43, disahkan pegawai perubatan Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

"Orang Kena Tuduh (OKT)yang ditahan di sel 4 dilaporkan tidak sedarkan diri.

"Ambulans dari HKKB yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kematian OKT.

"Mayat OKT dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan bedah siasat akan dijalankan Isnin ini," katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian OKT masih berada di dalam perintah reman mahkamah dari Rabu hingga hari ini (semalam).

"OKT sudah dirujuk HKKB semalam (kelmarin) kerana mengadu sakit perut dan doktor yang merawat hanya memberi ubat," katanya.

No comments