188 Pengundi Awal Akan Buang Undi Ahad Ini.
LUNDU: Seramai 188 orang akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjong Datu Ahad ini.
Pemilih awal berkenaan merupakan anggota polis dan tentera.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, proses pengundian awal dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan oleh petugas SPR dan dakwat pilihan raya akan digunakan.
Beliau berkata kesemua undi awal tidak akan dikira di tempat mengundi (saluran) Ahad ini dan semua kertas undi itu ditempatkan di balai polis akan dikira pada 18 Februari nanti.
"Dua pusat pengundian akan dibuka iaitu di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu untuk anggota polis dan Dewan ULS Sampadi akan mula dibuka jam 8 pagi hingga 5 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
DUN Tanjong Datu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lepas.
Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) tahun lalu, Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu dengan kemenangan selesa, majoriti undi 6,360 mengatasi calon PKR Jazolkipli Numan yang hanya meraih 468 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh hari mengundi bagi PRK Tanjong Datu pada 18 Februari. - Sarawakiana
Post a Comment