Untuk Saman AES Kena Bayar RM150.


KUALA LUMPUR: Saman dikeluarkan bagi kesalahan direkod Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan pada kadar RM150.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hasil kelulusan kabinet semasa mesyuarat baru-baru ini.

Beliau turut menyangkal khabar angin bahawa kerajaan akan menyelesaikan kira-kira 1.6 juta saman AES yang dikeluarkan ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2012.

"Mereka perlu membayar (saman lama). Mulai sekarang dendanya adalah RM150," katanya di lobi parlimen di sini, semalam.

Beliau berkata mereka yang gagal membayar denda akan disenarai hitam dan tidak dibenar untuk memperbaharui lesen memandu.

Liow berkata, pada masa ini sebanyak 40 kamera AES dipasang di Lembah Klang dan Perak. -BERNAMA

No comments