Budak Perempuan Berusia 8 Tahun Dir0g0l Oleh Bapa Tiri.
BALING: Seorang ibu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Baling, kelmarin. Dia melaporkan bahawa suaminya menca#bul anak tirinya yang berusia lapan tahun. Lelaki terbabit berusia 53 tahun telah ditahan selepas laporan dibuat.
Shariffuddin Yusuf, Ketua Polis Baling Superintendan berkata, suspek yang tinggal di Kampung Bechah Tok Bulan, Dalam Wang, Pulai, di sini, dipercayai melakukan perbuatan itu Ramadan lalu, di kediaman mereka.
Menurutnya, mangsa dipaksa menanggalkan pakaian sebelum suspek meraba kemaluannya dan mengarahkan supaya tidak menceritakan kepada sesiapa.
“Akibat ketakutan kanak-kanak itu mendiamkan diri namun perkara itu terbongkar selepas dia menceritakan kepada ibu saudaranya, kelmarin.”
“Kita yang menerima laporan, mengesan suspek sebelum menahannya pada 1 pagi tadi di rumahnya,” katanya.
Shariffuddin berkata, hasil siasatan menunjukan suspek yang bekerja sebagai penoreh getah mengaku melakukan perbuatan tersebut.
“Suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya. - PRU14
Post a Comment