Seorang Maut, Lori 10 Tan Terbabas.
BELURAN: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Sapi Nango, di sini, pagi tadi.
Menurut pihak bomba, mangsa maut di tempat kejadian kerana tersepit selepas kenderaan jenis lori 10 tan yang dinaiki mangsa terbabas di bahu jalan.
Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 8.33 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 145 kilometer itu pada jam 10.36 pagi.
Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan menggunakan ambulan sebelum ketibaan pasukan bomba manakala mangsa yang tersepit telah dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi yang diketuai oleh PBK II Abd Majid bersama lima anggota yang lain itu tamat pada jam 2.30 petang.
Post a Comment