Kes Dera Kanak-Kanak: Guru Tadika Ditahan.

TAWAU: Seorang guru perempuan berusia 25 tahun telah ditahan polis ekoran laporan seorang ibu yang mendakwa anak perempuannya berusia tiga tahun didera di sebuah tadika, Jalan Kuhara di sini.


Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai kes berkenaan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kes ini masih dalam siasatan dan masih mengumpul bukti, dengan perkembangan kes akan dimaklumkan apabila suspek telah dituduh,”katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, New Sabah Times telah menyiarkan laporan ibu berusia 35 tahun itu pada 13 Ogos lepas yang mendakwa anak perempuanya telah didera seorang guru perempuan di sebuah tadika.

Ibu berkenaan menyedari kejadian itu ketika mengambil anak keduanya itu pulang dari tadika itu kira-kira jam 4.30 petang pada 8 Ogos apabila anaknya mengadu sakit di bahagian kemaluan.

Ibu itu bertindak memeriksa anaknya dan mendapati terdapat tompokan darah di seluar dalam anaknya yang kemudian membawanya ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut Anak kedua itu memberitahu gurunya telah mencucuk kemaluannya menggunakan jari telunjuk kerana telah terkencing di dalam seluar. - Daily Express

No comments