Dua Guru Maut Di Kota Belud.
KOTA BELUD: Dua guru maut manakala lapan yang lain termasuk dua kanak-kanak terselamat selepas bot yang mereka naiki karam di muara Sungai Rampayan Laut, dekat sini, petang tadi.

Difahamkan, lapan mangsa diselamatkan oleh penduduk kampung sebaik bot mereka karam, namun seorang guru lelaki didapati hilang sebelum ditemui lemas.
Semua mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke Pulau Mantanani, kira-kira 45 minit menaiki bot laju dari Kuala Sungai Rampayan untuk sesi persekolahan, esok. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Rozlan Osman, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.45 petang sebelum menghantar lapan anggota ke lokasi.
Post a Comment