Pengawal Keselamatan Maut Dihempap Pintu Pagar Sekolah.

MIRI: Seorang pengawal keselamatan wanita maut selepas dihempap pintu pagar laluan utama sebuah sekolah rendah di Lutong, di sini petang semalam. 


Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Jenanti, 47, sedang menutup pintu pagar besi berkenaan sebelum ia tiba-tiba tumbang sebelum menghempap kepalanya. 

Difahamkan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada bahagian muka dan kepalanya. 

Sumber memberitahu, pintu pagar berkenaan dilaporkan rosak dan sedang menunggu untuk diperbaiki. Siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian sedang dilakukan. 

"Hasil siasatan awal mendapati pagar itu terlepas dari rel sebelum menghempap mangsa.," katanya. 

Difahamkan, suami mangsa yang berada berhampiran bergegas ke lokasi sejurus dimaklumkan mengenai kejadian itu. 

Pihak polis yang tiba kemudiannya melakukan pemeriksaan dan mendapati tidak wujud sebarang unsur jenayah terhadap wanita yang berasal dari Kampung Pasir, Lundu itu. 

Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri untuk tujuan bedah siasat. - UtusanBorneo

No comments